Tuesday 23 October 2012

Tiada Lagi di Pasar Malam Pelangi Semenyih

Salam semua.. Mulai hari Ahad minggu hadapan (28 Oktober 2012), saya tidak dibenarkan oleh penganjur Pasar Malam Pelangi Semenyih atas alasan telah banyak gerai air di pasar Malam tersebut. Pihak penganjur juga memberitahu saya bahawa beliau bimbang sekiranya terdapat aduan tidak puas hati dari peniaga lama di situ.

Namun pada pendapat dan pandagan saya, memang telah terdapat peniaga yang tidak puas hati (complain daa..) terhadap saya serta telah meminta pihak penganjur membuat keputusan sedemikian. Seorang peniaga di sana telah menyatakan ketidak puasan hati beliau dengan nada yang tinggi (marah derr..). Beliau berkata dalam bahasa yang lembut bahawa hasil jualan beliau merosot (yang sebenarnya beliau menggunakan bahasa yang kasar tetapi saya terpaksa tapis untuk siaran umum). Macam masuk TV lah pulak.. Perniagaan beliau merosot dan saya pula tak dapat apa. Bagus punya bangsa.

Ermm.. Sempatlah 3 kali niaga kat sana. Kenapa saya berniaga juga di satu-satu tapak Pasar Malam walaupun saya mendapati telah banyak peniaga yang berniaga air minuman? (Bukan jual air sebab Syabas yang jual air). Bagi saya persaingan yang kita pikirkan secara positif akan membantu kita meningkatkan lagi mutu dan kualiti produk kita. Kita juga dapat mengesan dan memperbaiki kelemahan kita. Perasaan hasad dengki sebenarnya baik kalau kita tangani dengan satu cabaran untuk kita terus berusaha. Bukan dengan cara terus mematikan atau menolak pesaing.

Sampai bila bangsa harus terus bersikap seperti ini? Bagaimana hendak memajukan diri sendiri sekiranya terus menerus mengharap belas ihsan dan subsidi?

No comments:

Post a Comment