Sunday 21 June 2015

AIR SEDAP DATANG LAGI...

Tahun ini, air anjung maharaja berada di pasar ramadhan taman pelangi semenyih hadapan tesco... Tapak bernombor 117. Antara air yang menjadi top sales:
1- Limau Luar Biasa
2- Jagung Di Raja (kukus dan kisar).
3- Lemon Syahdu yang mengusik jiwa
4- Bandung Soda yang sangat romantis
5- Asam Boi Kasturi dari asam boi yang dimasak bersama perahan limau seharum kasturi..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...

Sunday 29 June 2014

Anjung Maharaja akan memulakan perniagaan pada hari esok 30 jun 2014. Pertukaran dari tapak no 97 ke tapak no 68. Air minuman terbaik dari ladang yang akan dijual:

Lemon syahdu
(Soda perahan jus lemon asli sehingga menghasilkan warna turquoise)

Limau Luar Biasa
(Citarasa solero shot home made)

Asam Boi Kasturi
(Air yang dimasak bersama asam boi secara asli dan digabungkan dengan perahan limau kasturi)

Jagung Macho
(Jagung manis yang dikisar bersama ramuan istimewa untuk rasa pure diladang jagung semacho tuannya)

Bandung Soda Cun
(Dihasilkan dari sirap ros asli dengan campuran ice cream berkualiti)

Call/ sms/ whatsapp 017-2263699 untuk tempahan atau sebarang pertanyaan.

Raja Limau @ Doktor Jagung


Terima Kasih atas sokongan anda. Selamat berpuasa.

Tuesday 23 October 2012

Tiada Lagi di Pasar Malam Pelangi Semenyih

Salam semua.. Mulai hari Ahad minggu hadapan (28 Oktober 2012), saya tidak dibenarkan oleh penganjur Pasar Malam Pelangi Semenyih atas alasan telah banyak gerai air di pasar Malam tersebut. Pihak penganjur juga memberitahu saya bahawa beliau bimbang sekiranya terdapat aduan tidak puas hati dari peniaga lama di situ.

Namun pada pendapat dan pandagan saya, memang telah terdapat peniaga yang tidak puas hati (complain daa..) terhadap saya serta telah meminta pihak penganjur membuat keputusan sedemikian. Seorang peniaga di sana telah menyatakan ketidak puasan hati beliau dengan nada yang tinggi (marah derr..). Beliau berkata dalam bahasa yang lembut bahawa hasil jualan beliau merosot (yang sebenarnya beliau menggunakan bahasa yang kasar tetapi saya terpaksa tapis untuk siaran umum). Macam masuk TV lah pulak.. Perniagaan beliau merosot dan saya pula tak dapat apa. Bagus punya bangsa.

Ermm.. Sempatlah 3 kali niaga kat sana. Kenapa saya berniaga juga di satu-satu tapak Pasar Malam walaupun saya mendapati telah banyak peniaga yang berniaga air minuman? (Bukan jual air sebab Syabas yang jual air). Bagi saya persaingan yang kita pikirkan secara positif akan membantu kita meningkatkan lagi mutu dan kualiti produk kita. Kita juga dapat mengesan dan memperbaiki kelemahan kita. Perasaan hasad dengki sebenarnya baik kalau kita tangani dengan satu cabaran untuk kita terus berusaha. Bukan dengan cara terus mematikan atau menolak pesaing.

Sampai bila bangsa harus terus bersikap seperti ini? Bagaimana hendak memajukan diri sendiri sekiranya terus menerus mengharap belas ihsan dan subsidi?

Wednesday 10 October 2012

Penangguhan Karipap Pusing Panas

Para pelanggan yang budiman, buat masa ini karipap pusing panas dihentikan penjualannya untuk sementara waktu atas sebab tiada kakitangan serta penumpuan komitmen menyediakan air minuman Maharaja Air. Penyediaan air minuman ini memerlukan masa yang agak panjang dan merumitkan untuk memastikan kualiti dan citarasa adalah sentiasa di tahap yang terbaik. Terima kasih.

Tuesday 9 October 2012

Terima Kasih



Sold Out!
Jualan pada hari ahad 3 minggu lepas di Pasar Malam Pelangi Semenyih. Terima kasih kepada semua para pelanggan. Sila datang lagi.. Lihat Jadual Anjung yang terkini..

Thursday 6 September 2012

Anjung Maharaja

Anjung Maharaja sebelum ini dikenali dengan Maharaja Air. Bermula dengan menjual air minuman di pasar Ramadhan sejak tahun 1999 di Batu Pahat, Johor kini Maharaja Air telah mengembangkan perniagaan dengan menambah menu baru iaitu Karipap Pusing Panas. Dengan penambahan menu baru ini maka Maharaja Air kini menggunakan nama Anjung Maharaja.