Makan Minum Anjung

Food And Beverage

MAHARAJA AIR

Menggunakan sumber air yang bersih dan dimasak, kami juga memastikan kualiti air minuman yang dijual adalah di tahap yang terbaik dan mempunyai piawai prosedur yang telah ditetapkan untuk menjamin citarasa air minuman yang dijual sentiasa sedap, selari dan terbaik dari ladang. Kombinasi utama Maharaja Air adalah Raja Limau dan Doktor Jagung.


Menu Maharaja Air:

Lemon Syahdu
Dari perahan jus lemon asli dan hirisan buah lemon segar. Citarasa Lemon Syahdu berwarna biru turquoise adalah seperti air minuman Sprite atau 7up tanpa karbonat. Air minuman Lemon Syahdu adalah pilihan utama pembeli dan jualan utama.


Limau Luar Biasa
Limau luar biasa adalah air minuman limau special. Dari perahan limau nipis, dibancuh bersama susu serta beberapa ramuan lain. Air minuman Limau Luar Biasa juga mempunyai jeli buatan asli dan tersendiri serta citarasa adalah sama seperti Solero Shot.








Jagung Special
Resepi tradisi dan tersendiri membuatkan citarasa air minuman Jagung Special sangat istimewa. Jus jagung adalah hasil dari jagung manis yang dikisar bersama susu tanpa menggunakan kordial atau bahan perisa dan beberapa ramuan lain menjadikan air minuman Jagung Special ini lemak dan berkrim serta disukai ramai.





Asam Boi Kasturi
Air minuman Asam Boi Kasturi adalah hasil perkahwinan asam boi dan limau kasturi. Perahan jus limau kasturi dimasak bersama asam boi membuatkan citarasa air minuman ini asli dan tanpa bahan pewarna serta perisa kordial.

Bandung Soda
Keaslian citarasa air minuman Bandung Soda ini adalah hasil dari air Ais Krim Soda jenama terbaik serta cincau segar yang dipotong dengan bentuk memanjang.

Senarai Harga
1 cawan = RM1
1 bungkus = RM2
1 jug = RM3
Setengah Balang (30+ cawan)= RM25
1 Balang (60+ cawan)= RM45



KARIPAP PUSING PANAS

Karipap Pusing yang dijual adalah resepi warisan istana sejak tahun 1980 yang diturunkan kepada saya daripada keluarga.

Terdapat 2 jenis inti Karipap Pusing Panas Biasa yang dijual secara panas di Pasar Malam dan Bazar Ramadhan iaitu inti kentang dan ayam atau daging.

Inti Karipap Pusing Panas Istimewa pula ialah kentang, telur, keju, ayam atau daging. Pelanggan juga boleh menempah karipap pusing yang disejuk beku atau telah digoreng.


Klik disini untuk membuat tempahan...
 



No comments:

Post a Comment