Tentang Anjung


Anjung Maharaja sebelum ini dikenali dengan Maharaja Air. Bermula dengan menjual air minuman di pasar Ramadhan sejak tahun 1999 di Batu Pahat, Johor kini Maharaja Air telah mengembangkan perniagaan dengan menambah menu baru iaitu Karipap Pusing Panas. Dengan penambahan menu baru ini maka Maharaja Air kini menggunakan nama Anjung Maharaja.













Maharaja Air

Maharaja Air adalah perniagaan asal Anjung Maharaja. Permulaan Maharaja Air hanya menjual air minuman iaitu air Tembikai dan air Laici di pasar Ramadhan di Batu Pahat, Johor.

Namun setelah berhijrah ke Lembah Klang, Maharaja Air telah memperkenalkan menu air yang baru iaitu Jus Lemon. Ketika itu Maharaja Air hanya menjalankan perniagaan di acara-acara tertentu seperti MAHA Serdang dan Jom Heboh TV3.

Bermula tahun 2011, Maharaja Air cuba menjalankan perniagaan pada bulan Ramadhan kembali di Pasar Ramadhan Taman Pelangi Semenyih.

Pada tahun 2012, Maharaja Air kini menjalankan perniagaan di Pasar Malam, Pasar Ramadhan dan dalam acara-acara tertentu. Jualan air minuman utama Jus Lemon juga kini dikenali sebagai Lemon Syahdu.

No comments:

Post a Comment