Tuesday 23 October 2012

Tiada Lagi di Pasar Malam Pelangi Semenyih

Salam semua.. Mulai hari Ahad minggu hadapan (28 Oktober 2012), saya tidak dibenarkan oleh penganjur Pasar Malam Pelangi Semenyih atas alasan telah banyak gerai air di pasar Malam tersebut. Pihak penganjur juga memberitahu saya bahawa beliau bimbang sekiranya terdapat aduan tidak puas hati dari peniaga lama di situ.

Namun pada pendapat dan pandagan saya, memang telah terdapat peniaga yang tidak puas hati (complain daa..) terhadap saya serta telah meminta pihak penganjur membuat keputusan sedemikian. Seorang peniaga di sana telah menyatakan ketidak puasan hati beliau dengan nada yang tinggi (marah derr..). Beliau berkata dalam bahasa yang lembut bahawa hasil jualan beliau merosot (yang sebenarnya beliau menggunakan bahasa yang kasar tetapi saya terpaksa tapis untuk siaran umum). Macam masuk TV lah pulak.. Perniagaan beliau merosot dan saya pula tak dapat apa. Bagus punya bangsa.

Ermm.. Sempatlah 3 kali niaga kat sana. Kenapa saya berniaga juga di satu-satu tapak Pasar Malam walaupun saya mendapati telah banyak peniaga yang berniaga air minuman? (Bukan jual air sebab Syabas yang jual air). Bagi saya persaingan yang kita pikirkan secara positif akan membantu kita meningkatkan lagi mutu dan kualiti produk kita. Kita juga dapat mengesan dan memperbaiki kelemahan kita. Perasaan hasad dengki sebenarnya baik kalau kita tangani dengan satu cabaran untuk kita terus berusaha. Bukan dengan cara terus mematikan atau menolak pesaing.

Sampai bila bangsa harus terus bersikap seperti ini? Bagaimana hendak memajukan diri sendiri sekiranya terus menerus mengharap belas ihsan dan subsidi?

Wednesday 10 October 2012

Penangguhan Karipap Pusing Panas

Para pelanggan yang budiman, buat masa ini karipap pusing panas dihentikan penjualannya untuk sementara waktu atas sebab tiada kakitangan serta penumpuan komitmen menyediakan air minuman Maharaja Air. Penyediaan air minuman ini memerlukan masa yang agak panjang dan merumitkan untuk memastikan kualiti dan citarasa adalah sentiasa di tahap yang terbaik. Terima kasih.

Tuesday 9 October 2012

Terima Kasih



Sold Out!
Jualan pada hari ahad 3 minggu lepas di Pasar Malam Pelangi Semenyih. Terima kasih kepada semua para pelanggan. Sila datang lagi.. Lihat Jadual Anjung yang terkini..

Thursday 6 September 2012

Anjung Maharaja

Anjung Maharaja sebelum ini dikenali dengan Maharaja Air. Bermula dengan menjual air minuman di pasar Ramadhan sejak tahun 1999 di Batu Pahat, Johor kini Maharaja Air telah mengembangkan perniagaan dengan menambah menu baru iaitu Karipap Pusing Panas. Dengan penambahan menu baru ini maka Maharaja Air kini menggunakan nama Anjung Maharaja.